Tuesday 14 January 2020

Senarai Tempat Kursus Autocad Di Malaysia

*sila klik imej di atas untuk gambar yang lebih besar dan jelas.

Nota 1: Maklumat di atas hanya merujuk kepada sumber carian internet. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi tempat yang menawarkan kursus autocad tersebut.

Nota 2: Tempat-tempat yang disenaraikan di pilih secara rawak dan tidak meliputi keseluruhan kawasan. Kemaskini akan dilakukan dari masa ke semasa.





Friday 10 January 2020

Nota SketchUp Dalam Bahasa Melayu

lukisan sketchup model rumah 3d

Semakin hari semakin ramai pengguna CAD (Computer-aided Design) beralih ke SketchUp. Sebab utama, mungkin kerana perisian ni sangat mudah dipelajari. Cepat mahir juga. Sekali dua berlatih, dah boleh lukis model 3D seperti contoh rekabentuk rumah di atas.

Sekarang, kat sekolah-sekolah juga dah mula belajar SketchUp. Bagus macam tu, dari peringkat awal dah didedahkan dengan perisian CAD, boleh memupuk minat untuk maju ke bidang seterusnya bila tamat alam persekolahan nanti.

Sambutan pada kelas SketchUp yang aku anjurkan pula semakin menggalakkan. Ramai yang berminat. Bagi yang tiada asas melukis menggunakan perisian CAD (seperti AutoCAD, dsbnya), sangat disarankan belajar SketchUp dulu. Bukan saja boleh lukis 3D, nak lukis pelan 2D pun sangat mudah dan cepat.

lukisan sketchup pelan rumah 2d
Contoh lukisan pelan rumah 2D yang dilukis menggunakan SketchUp


Silibus kelas SketchUp merangkumi topik-topik berikut:
1.  Pengenalan
2.  Navigasi
3.  Sudut Pandangan
4.  Eraser
5.  Select
6.  Line
7.  Freehand
8.  Rectangle
9.  Rotated Rectangle
10.Circle
11.Polygon
12.Arc
13.Move
14.Rotate
15.Scale
16.Push/Pull
17.Follow Me
18.Offset
19.Inferance
20.Copy
21.Array
22.Mirror
23.Autofold
24.Intersect Faces
25.Tape Measure Tool
26.Protractor
27.Axes
28.Dimension
29.Text
30.3D Text
31.Paint Bucket
32.Component
33.Layers
34.Section Plane
35.Printing

Bagi memudahkan lagi pemahaman, silibus ni telah dibuat dalam bentuk nota dan dikompilasikan, mengandungi 300 mukasurat semuanya. Dalam nota tadi, ditunjukkan detail cara guna setiap tool yang disenarai di atas. Jadi, bagi yang tak dapat ikuti kelas, boleh dapatkan Nota SketchUp ni dengan harga RM50 sahaja. Nanti, ikut step by step setiap penjelasan dalam nota ni, bagi faham fungsi dan mahir melukis.

nota sketchup bahasa melayu
Nota SketchUp.. mengandungi 300 mukasurat

Nota SketchUp ini juga mengandungi tip-tip yang akan memudahkan lagi kita melukis, kerana ditunjukkan jalan-jalan pintas bagi menghasilkan objek 2D dan 3D dengan lebih pantas dan menarik. Semua tool dan cara menggunakannya ditunjukkan secara screenshots, berserta penerangan lengkap. Dengan cara ini, kita akan lebih cepat memahami dan menguasai kemahiran, sama seperti menghadiri kelas atau kursus SketchUp secara formal.

Setiap langkah dijelaskan dengan detail menggunakan kaedah ScreenShots.

Friday 3 January 2020

Senarai Kursus & Kelas SketchUp di Malaysia

klik imej untuk paparan lebih besar dan jelas

Disenaraikan beberapa tempat yang menawarkan kelas atau kursus SketchUp mengikut negeri-negeri tertentu bagi 2018. Jika ada yang berminat nak belajar, bolehlah hubungi alamat atau nombor yang tertera untuk mendapatkan info lanjut tentang kelas/kursus yang dianjurkan.

Nota: semua senarai dan maklumat di atas adalah melalui carian di internet. Mungkin terdapat perbezaan informasi terkini dari masa ke semasa. Harap maklum.

SketchUp (awalnya dikenali sebagai Google SketchUp) merupakan satu perisian programan model komputer 3D, kini popular dan diguna secara meluas dalam bidang arkitek, hiasan dalaman, arkitek lanskap, kejuruteraan awam, mekanikal, rekabentuk filem dan mainan interaktif. Menariknya, terdapat versi di mana pengguna boleh muat-turun dan gunakannya secara percuma, iaitu SketchUp Free dan SketchUp Make. Manakala bagi versi berbayar pula adalah SketchUp Pro.

SketchUp dibangun dan dimajukan oleh Trimble Inc, sebuah organisasi yang terlibat dalam peralatan pemetaan, ukur dan navigasi. Juga ada disediakan satu arkib secara online, iaitu '3D Warehouse' di mana pengguna SketchUp menyumbangkan berbagai bentuk lukisan 2D dan 3D seperti aksesori rumah, bangunan, kenderaan, etc dan kita boleh gunakan secara percuma. Keupayaan perisian SketchUp secara 'user friendly' membolehkannya berfungsi melukis berbagai layout, termasuk menghasilkan 'photo realistic rendering image' apabila digabungkan perisian-perisian sokongan lain, seperti VRay dan sebagainya.


Tuesday 13 March 2018

Nota AutoCAD 2D


Setelah sekian kali menganjurkan kelas atau kursus AutoCAD, kini akhirnya terhasil sudah 3 siri nota rujukan untuk belajar berkaitan dengan command 2D. Semasa kelas, banyak respon dan maklumbalas didapati ramai yang sukar untuk menyalin nota sendiri dengan cara yang mudah dan senang. Jadi, diharap dengan sumbangan nota AutoCAD 2D ini sedikit sebanyak dapat membantu memahami fungsi dan langkah-langkah setiap command tersebut.

Nota ini dibahagikan kepada 3 bahagian, di mana susunan isikandungannya mengikut silibus kelas AutoCAD yang dianjurkan. 

Bahagian pertama mengandungi Pengenalan, Sistem Koordinat, Penetapan Unit dan Skala, Setting Limits, Setting Grid dan Snap, Setting Background dan Crosshair, Zoom dan Pan, Line dan Join, Polyline dan Pedit.

Bahagian kedua pula terdiri dari Divide dan Measure, Rectangle, Polygon, Ellipse, Spline, Arc, Offset, Mirror dan Copy, Stretch dan Move, Trim dan Extend, Fillet dan Chamfer, Hatch, Array.

Bahagian terakhir merangkumi Rotate, Scale, Break, Lengthen, Align, Text, Dimension, Leader, Insert, Block, Explode, Design Center, Properties, Inquiry, Plotting.

Silibus disusun sendiri oleh tenaga pengajar yang berpengalaman menggunakan AutoCAD lebih dari 15 tahun. Setiap bab mengandungi command-command yang diterangkan secara terperinci langkah demi langkah. Ini penting kerana masalah utama kebanyakkan yang mempelajari AutoCAD adalah sukar untuk mengingati fungsi dan langkah untuk menggunakan sesuatu command. Keseluruhan 296 mukasurat nota ini mengandungi 42 command yang sering digunakan dalam melukis objek 2D, samada dalam bidang hiasan dalaman, senibina, kejuruteraan, ukurtanah dan sebagainya.



Imej di atas merupakan nota AutoCAD 2D yang telah dikompilasikan. Sangat sesuai menjadi rujukan kepada sesiapa yang baru berjinak dalam perisian tersebut. Dapatkan kompilasi nota ini dengan kadar harga RM45 (tidak termasuk kos penghantaran). Harga yang sangat berpatutan dengan isi ilmu yang berbaloi dimiliki.

Monday 7 August 2017

Dari AutoCAD ke SketchUp

Pada awal 90an, saya mula mengambil kursus AutoCAD 2D. Dari situ, tanpa menoleh belakang, saya mula mencari peluang kerjaya yang cukup luas bagi yang berkemahiran AutoCAD ini. Zaman melukis secara manual mula ditinggalkan. T-square, technical pen dan peralatan lain diguna melukis secara manual tinggal jadi kenangan (paling tak boleh lupa ialah sentiasa kena cuci mata pen teknikal.. baru dakwat keluar lancar bila melukis)! Seingat saya, tahun 90an dulu, AutoCAD sangat popular di kalangan firma kejuruteraan, arkitek, pereka bentuk dan sebagainya. Dan.. disebabkan mempunyai sijil kemahiran AutoCAD juga, melayakkan saya bekerja di sebuah firma arkitek di Taman Tun Dr Ismail..

Antara peralatan melukis secara manual.. masih digunakan sehingga kini, terutama di kalangan pelajar dalam bidang teknikal. Gambar: Ehsan Google


Bekerja di firma arkitek ini juga lah yang mendedahkan saya dengan aplikasi CAD (Computer-Aided Design) lain.. iaitu FastCAD. Software selain FastCAD juga mungkin sudah ada menyaingi AutoCAD. Cuma, zaman 90an, kemudahan internet sangat terbatas. Jadi, kami waktu tu hanya dapat info tentang CAD lain melalui kerja di pejabat sahaja. Cuma, pada pandangan peribadi, FastCAD yang diguna oleh kami waktu tu, sangat simple.. terutama dari sudut interface dan command-command yang ada (dah nama pun Fast.. haha). Senang digunakan, namun hanya berupaya untuk melukis pelan 2D sahaja. (mungkin sebab harganya murah berbanding AutoCAD, sebab tu menjadi pilihan majikan..hoho).

Contoh paparan antara-muka (interface) FastCAD versi Windows kini.. waktu awal 90an dahulu, ketika sistem operasi (OS) komputer masih menggunakan Dos (Disk Operating System), FastCAD yang kami gunakan lebih simple dari yang ini. Gambar: Ehsan Google

Setelah berpindah tempat kerja, saya kembali menggunakan AutoCAD, hingga akhir jawatan sebagai Interior Designer pada tahun 2002. Kemudian, apabila memasuki bidang bekerja sendiri sehingga sekarang, masih tetap setia dengan perisian AutoCAD, samada melukis untuk 2D ataupun 3D. Kononnya, AutoCAD adalah yang terbaik sepanjang zaman! (betul ke? hihi). Dalam pada itu, seiring perkembangan masa dan teknologi, pesaing-pesaing CAD lain turut memasuki pasaran. Rhino, CATIA, SolidWorks dan banyak lagi. Malah, pihak AutoDesk (pengasas AutoCAD) tidak ketinggalan menambahbaik produk asas mereka, melahirkan aplikasi baru seperti Inventor dan Revit.

Survey 10 teratas perisian CAD yang popular di pasaran pada tahun 2014, menunjukkan AutoCAD dan AutoCAD LT menduduki senarai tempat pertama dan kedua.. responden survey adalah di kalangan majikan dan jawatan profesional.. jadi, buat adik-adik yang baru habis belajar dan mula mencari kerja, digalakkan menambah kemahiran dalam penggunaan perisian tersebut!


Bila memasuki tahun 2014, apabila SketchUp telahpun memasuki pasaran dan semakin dikenali ramai di Malaysia, selain kelas AutoCAD, saya turut diminta membuat kelas SketchUp juga. Permintaan untuk Rhino, SolidWorks, Revit dan Inventor juga ada, tetapi demand lebih untuk SketchUp. Kebanyakkan yang bertanya adalah di kalangan individu yang telah berpengalaman bisnes, tetapi mereka bukan datang dari jurusan berkaitan teknikal (kelompok kategori beginners dalam CAD). Setelah beberapa lama menggunakan SketchUp untuk projek-projek tertentu, boleh dirumuskan SketchUp ini:

1. Satu perisian yang tidak begitu berat berbanding dengan perisian CAD lain. Saiznya yang agak kecil (bawah 1G), memudahkan untuk di install dan running dalam mana-mana komputer. Requirement nya juga tidak begitu tinggi, kecuali bila hendak install plugin tertentu, contohnya Vray untuk rendering.

2. Interfacenya simple, mudah dan cepat untuk dipelajari command-command yang ada. Sangat sesuai bagi mereka dalam kategori beginners dalam CAD. Walaupun simple, hasil kerja dari SketchUp mengagumkan juga, sesuai untuk presentation bagi mereka dalam bidang arkitek, hiasan dalaman dan kejuruteraan.


Contoh hasil kerja model 3D lukisan kejuruteraan menggunakan SketchUp setelah diletakkan material pada surface objek.


3. Paling menarik, pihak Trimble (pemilik SketchUp), ada menyediakan perisian percuma iaitu 'SketchUp for Web'. Perisian ini tidak perlu dimuat turun (download) kerana diguna melalui web browser seperti Chrome, Firefox dan sebagainya. Bagi yang berminat, boleh dapatkan maklumat lanjut di link ini:

https://help.sketchup.com/en/sketchup-web/sketchup-web

Sunday 4 September 2016

Muat Turun Perisian AutoCAD Percuma

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Seringkali ada yang wsap atau email saya, bertanyakan di mana kita boleh dapat  software AutoCAD secara percuma? Actually, kalau digoogle, banyak website yang membolehkan kita download software AutoCAD ni.. free.. cuma setiap satu website ni ade stail download memasing. Ada yang kita boleh direct muat turun. Kebanyakkan sekarang stail download bersekali dengan install secara online. Stail ni leceh la sikit. Bukan apa, takut kes virus atau malware satu hal, lagi satu nak kene onkan internet hingga selesai semua!! :(

Ada satu website ni, bagi saya agak best jugak. Bukan saja kita boleh muat turun perisan AutoCAD secara percuma, tapi termasuk jugak segala software yang dikeluarkan oleh pihak Autodesk.. macam Inventor, Revit, 3D Max, Maya dan banyak lagi. Cara downloadnya juga adalah userfriendly betul!! :)

Pernah dengar atau guna khidmat Autodesk Virtual Agent? Dia ni macam ala ala one stop centre lah.. di mana semua sofware produk Autodesk dikumpulkan.. jadi senang la pengguna macam kita nak pilih mana satu dan download. Saya pun baru kebelakangan ni muat turun Inventor, Revit, AutoCAD yang latest punya.. version 2017 pun dah tersedia kat sini.

1). Bagi yang pertama kali, boleh klik di sini untuk pergi ke website Autodesk Virtual Agent ni:
http://autodesk.creativevirtual15.com/autodesk/bot.html?isJSEnabled=1&businessArea=Root.Front%20Desk&startContext=Root.Front%20Desk


2). Setelah tu.. klik pada Download Links:


3). Step seterusnya.. di peringkat ni kita boleh pilih product Autodesk yang mana satu hendak dimuaturunkan. Bagi yang berminat dengan perisian AutoCAD, klik pada AutoCAD Products:


4). Klik pada AutoCAD:


5). Akhir sekali, klik lah pada AutoCAD version mana yang hendak di download. Jangan lupa klik pada 32 Bit atau 64 Bit, bergantung pada OS yang kita gunakan.



NOTA PENTING: Semua Produk AutoDesk Dari Virtual Agent Hanya Legal  Dalam Jangkamasa 30 Hari Sahaja (Trial Version). Harap Maklum..







Friday 26 February 2016

Tutorial 2.0 - Pelan Central Air Cond

Assalamualaikum. Tutorial siri 2.0 ini menumpukan pada pengguna perisian AutoCAD yang ingin mempelajari dan mendalami selok-belok command-command 2D untuk menghasilkan Pelan Central Air Cond.
Bersama tutorial ini, akan dibekalkan satu file dwg (file format AutoCAD) ruang pejabat. Setelah membuka file, pengguna tutorial akan ditunjukkan langkah dan command terperinci dari awal hingga akhir.
Antara langkah dan command yang banyak terlibat adalah untuk melukis diagram blower central air cond seperti di atas.

Melalui tutorial ini, akan memandu kita menghasilkan satu pelan lengkap yang berkaitan dengan central air cond 2D.